PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah Srettha Thavisin bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Dalam perbualan telefon, Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam pelbagai bidang.
“Saya telah menghubungi TYT Srettha Thavisin bagi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu petang tadi.
“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.
“Saya turut mengundang beliau ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Video perbualan telefon yang antara Anwar dengan Perdana Menteri Thailand yang baharu itu turut dimuatnaik di Facebooknya.
“Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” tambah Anwar lagi.- Malaysiapost