Laungan ‘reformasi’ iring calon PH-BN

HAMPIR 1,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) mengiringi bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Mereka berarak dari Pejabat Pos Besar Johor Bahru dengan mengibarkan bendera PH dan BN sebelum tiba di hadapan pusat penamaan calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, jam 8.40 pagi.

Suasana bergema dengan laungan reformasi dan ‘Suhaizan menang’ oleh penyokong ketika perarakan berlangsung, lapor Bernama.

Antara pemimpin yang hadir mengiringi Suhaizan adalah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi AMANAH Johor, Amimolhuda Hassan.

Mohamad Sabu , Ahmad Zahid, Mohamed Khaled dan Aminolhuda turut dilihat mengiringi Suhaizan memasuki khemah di bahagian tepi pusat penamaan calon untuk menunggu proses penamaan calon.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights