Animasi Robozeta sertai perarakan Hari Kebangsaan 2023

WATAK animasi yang kini semakin dikenali ramai khususnya di kalangan kanak-kanak iaitu Robozeta sekali lagi diundang untuk memeriahkan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Khamis ini. 

Menurut penyelaras Red Circle Studio Sdn Bhd, Mohd Hafiz Abd Samad dan Khairul Rizal, berkata pihaknya berasa amat bertuah kerana telah di jemput sekali lagi oleh Finas untuk turut sama memeriahkan lagi acara perarakan itu bersama watak-watak popular siri animasi lain di negara ini. 

“Tambahan pula dengan populariti siri animasi Robozeta yang sedang hangat mendapat sambutan di platform online iaitu Durioo, tentunya ramai kanak- kanak yang akan teruja untuk melihat watak kesayangan mereka beraksi di perarakan Hari Kebangsaan 2023 tahun ini.

“Pelbagai persiapan telah di lakukan oleh pihak Red Circle Studio untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar termasuk menyertai sesi raptai pada 26 hingga 29 Ogos untuk mendapatkan penyelarasan perbarisan yang tepat ketika mengikuti acara perarakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Red Circle Studio merupakan studio animasi yang beroperasi di Kajang kini menerbitkan siri animasi Robozeta. 

Robozeta mengisahkan tentang lima adiwira comel mempertahankan Bandar Zetania dari ancaman kumpulan Geng Kalabera.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights