‘Orang Melayu tetap rugi walaupun PAS menang banyak’

Aiman Hanif

ORANG Melayu tetap rugi meskipun  PAS melalui Perikatan Nasional (PN) menang banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata PAS jangan berlagak walaupun menang selesa.

Hakikatnya orang Melayu dalam kerugiaan kerana PAS tidak berada dalam kerajaan.

“PRU-15 walaupun PAS menang banyak kerusi Umno kalah, banyak kerusi yang kalah (kerusi) orang  Melayu termasuk PAS.

“Wakil rakyat PAS di Pasir Salak apa dia boleh buat…Banyak lagi tempat lain (dimenangi PAS) di kelantan (apa boleh buat).

“Kerana mereka (PAS) tidak  dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada PRU lalu, Umno yang bertanding atas tiket BN menang 26 kerusi, manakala empat kerusi lagi dimenangi wakil MCA dan MIC.

Perikatan Nasional (PN) berjaya menenagi 79 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Daripada jumlah itu, PAS memenangi kerusi paling banyak iaitu, 49 kerusi.

Dalam pada itu Tajuddin berkata, orang Melayu tidak mempunyai kekuatan selepas PRU-15, terutamanya selepas Umno semakin lemah.

“Orang Melayu tak ada lagi kekuatan, lemah, terutama Umno. Sungguh sedih. Kita sudah kuat dah padu (sebelum ini). Sekarang kita balik ke belakang,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kedudukannya dalam Umno, Tajuddin berkata beliau tetap “orang Umno”.

Untuk rekod Tajuddin digantung keahlian oleh Umno selama enam tahun.

“Kita tak akan nak begini selamanya, tak akan Umno nak jadi parti kecil, kita nak Umno gagah kembali…kembali menjadi dominan. Saya orang Umno…Saya orang Melayu,” katanya lagi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights