304 kertas undi pos untuk PRK Pulai, Simpang Jeram

SEBANYAK 304 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu terdiri daripada 226 kertas undi pos di Parlimen Pulai dan 78 di DUN Simpang Jeram.

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan media di Putrajaya, hari ini. 

SPR turut mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum jam 5.00 petang, 9 September.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada 23 Julai lalu.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights