54,000 warga China diberi kerakyatan, Rafizi mahu PAS pusat disiasat

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli akan meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat laporan polis berhubung tuduhan PAS kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, beliau akan bercakap sendiri dengan Setiausaha Agung PKR itu.

“Saya akan bercakap dengan Menteri KDN sendiri @saifnasution supaya satu laporan polis dibuat mengenai posting ini yg jelas satu ‘criminal defamation’ – “dalam proses diberi kerakyatan” adalah penipuan.

“PAS perlu bertanggungjawab bila berterusan berbohong begini,” kata Rafizi dalam satu ciapan di Twitternya.

Hantaran Twitter yang menggunakan akaun PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan kononnya 54,000 warga China akan diberi kerakyatan.

Ciapan itu juga turut memuatnaik poster Saifuddin dengan kapsyen meminta SPRM menyiasatnya.

“SPRM sila siasat menteri KDN, KDN, JPN!

“Isu 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan adalah sangat serius.

“SPRM perlu siasat segera!,” tulis PAS pusat di Twitter.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights