Tak mustahil aura Sanusi boleh kuburkan UMNO di Johor

TUN Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan UMNO akan berkubur di Johor disebabkan aura 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Meskipun auranya di Johor tidak seperti di Kedah, namun pendirian Sanusi boleh diterima oleh orang Johor dan tidak mustahil merubah pandangan politik mereka.

“Ada kemungkinan (Umno berkubur di Johor). 

“Walaupun pengaruh dia (Sanusi) di Johor tidak sama di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian MB Kedah,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, hari ini.

Mahathir mengulas kenyataan Sanusi sebelum ini bahawa UMNO akan berkubur di Johor selepas dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu DUN Simpang Jeram dan Parlimen Kulai.

Terdahulu Mahathir menghadiri program ilmu Minggu Negarawan membincangkan tajuk Peradaban dan Sosiologi di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi salah seorang panel jemputan.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights