X kini benarkan iklan politik

PLATFORM X (Twitter) milik Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Larangan diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu pada Selasa.

Bekas ketua Twitter Jack Dorsey yang mewajarkan larangan itu berkata capaian politik perlu diperoleh dan bukan dibeli.

X kini merujuk komitmen perkhidmatannya kepada kebebasan bersuara.

Pada masa sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.

Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan.

Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.

Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.

Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas ‘telah dicuri’ daripadanya.

Musk mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu.

Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis.

Trump aktif di rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.

Rangkaian itu kini hanya mempunyai 6.4 juta pelanggan, manakala di X beliau berjaya mendapatkan lebih 80 juta pengikut.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights