Adun Rembia terima surat tunjuk sebab dari Umno

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendedahkan yang beliau telah menerima surat tunjuk sebab dari Umno.

Ia susulan tindakannya hadir ke majlis kempen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor baru-baru ini.

“Sudah terima surat (tunjuk sebab),” katanya kepada Malaysiapost ketika dihubungi.

Bagaimanapun Jailani tidak memperincikan bila beliau menerima surat berkenaan dan isi kandungannya.

Sebelum ini, Jailani menghadiri program kempen PN di Johor ketika mana parti itu akan bertembung Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Simpang Jeram dan Pulai.

Jailani mempertahankan kehadirannya pada masa itu adalah atas kapasiti Muafakat Nasional (MN) dan beliau mewakili Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu bukan bermakna akan meninggalkan Umno.

Tindakan Jailani itu mendapat perhatian Umno yang akan bertindak terhadapnya.

Susulan itu,Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Saya terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya kepada media di Pusat Dunia (WTC), di Kuala Lumpur. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights