Polis tahan ‘Iman Mustaqim’ kes hina Sultan Selangor

PEMILIK akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ yang disyaki memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Selangor, ditahan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan di Langkap, Perak.

Katanya, suspek ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor.

“Semalam, kita turut menahan seorang lelaki tempatan yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor melalui akaun Facebook, ‘Flat Earth Malaysia’.

“Suspek berusia 41 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 2 September.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights