Reguilon sah sertai United

SERGIO Reguilon melengkapkan ujian perubatan di Manchester United sebelum disahkan sebagai pengganti Luke Shaw yang cedera.

Shaw mengalami kecederaan paha ketika tewas 2-0 di tangan Tottenham Hotspur.

Sejak itu Red Devils terpaksa menggunakan Diogo Dalot di pertahanan kiri bagi menggantikannya.

Kelab itu dikaitkan dengan beberapa pilihan untuk menggantikan Shaw sementara menunggu pulih daripada kecederaan.

Pemain Chelsea, Marc Cucurella dan Reguilon dari Tottenham antara yang dipertimbangkan sebagai sasaran utama.

Wartawan pakar perpindahan Fabrizio Romano berkata, mereka bersetuju dengan perjanjian untuk mengikat Reguilon secara pinjaman semusim.

Difahamkan kelab itu akan cuba ‘menebus klausa’ dalam kontrak pemain itu yang boleh dilakukan pada Januari depan.

Pemain Sepanyol itu dijangka memenuhi kekosongan Shaw dan Tyrell Malacia.

Shaw mungkin terpaksa berehat hingga 10 minggu susulan kecederaan semasanya.

Reguilon, 26, menyertai Tottenham pada tahun 2020, namun menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Atletico Madrid.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights