Bekas timbalan menteri KDN meninggal dunia

BEKAS timbalan menteri dalam negeri, Jelaing Mersat, 75, meninggal dunia, kata ahli keluarga.

Menurut Utusan Borneo, mendiang yang juga bekas Ahli Parlimen Saratok, menghembuskan nafas terakhir 3.40 petang semalam.

Jelaing pernah dilantik sebagai timbalan menteri pengangkutan, adalah bekas Ahli Parlimen kawasan itu bermula 2004 hingga 2013.

Sebelum terlibat dalam politik, Jelaing adalah seorang pendidik.

ADUN Krian, Friday Belik berkata ada menerima khabar sedih berkaitan pemergian mendiang.

“Kita turut berduka atas pemergian beliau dan kita berdoa agar keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat kita,” kata laporan itu.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights