Bekas ADUN PAS sertai AMANAH 

BEKAS ahli dewan undangan negeri (ADUN) PAS Bukit Pasir, Najib Lep, menyertai parti AMANAH malam tadi.

Borang keahlian Najib diserah kepada Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu ceramah kelompok yang berlangsung malam tadi di Sungai Abong, dekat Johor Bahru. 

Mohamad ketika ditemui media selepas itu memberitahu, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Najib ke dalam AMANAH dan berharap dia akan membantu usaha memperkuatkan parti.

Najib adalah satu-satunya wakil PAS di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri. 

Dalam perkembangan lain pula, Mohamad berkata, seorang bekas Exco negeri Johor akan menyerahkan borang keahlian AMANAH, hari ini. 

Ia akan diadakan semasa program di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, dekat Perling. 

Kelmarin, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, memberi bayangan berkaitan penyertaan bekas EXCO dan bekas ADUN itu menjelang minggu terakhir kempen pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram.- Malaysiapost

Kredit Foto : Portal Berita RTM

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights