Polis rakam keterangan Hadi Awang esok

PROSES merekod keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dilakukan pagi esok oleh pegawai unit siasatan jenayah terkelas (USJT) Bukit Aman.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Sinar Harian.

“Tarikh baharu diberikan kepada beliau (Abdul Hadi) pada 4 September jam 9.30 pagi.

“Keterangan Abdul Hadi akan direkod oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya.

Ahli parlimen Marang itu dijadualkan tampil memberi keterangan hari ini, namun pegawai khas beliau memaklumkan Abdul Hadi kurang sihat dan sedang menjalani rawatan.

Abdul Hadi dipanggil untuk dirakam keterangan susulan ucapan dibuatnya di Bakri, Muar, Johor, minggu lalu yang mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada 28 Ogos lalu dilaporkan berkata, siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights