Konsep Malaysia Madani bukan omongan kosong, kata Zahid

KONSEP Malaysia Madani dalam Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu omongan kosong, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata konsep itu sebaliknya padat dalam membawa negara ke arah masa depan lebih baik berlandaskan nilai-nilai kebersamaan.

Katanya, nilai itu dirasainya ketika bertemu masyarakat Tionghua pada Majlis Makan Malam bersama Pertubuhan Penganut Kuan Yin Taman Perling di Tokong Kuan Ying, Taman Perling, Johor Bahru, semalam.

“Seharian saya di Johor ini saya lihat makna perpaduan yang menjadi paksi kepada kemajmukan, kemajuan dan kemakmuran negara ini.

“Bila saya berada di dalam majlis yang diraikan, saya melihat semangat Malaysia Madani yang dimaksudkan, dan kebersamaan inilah yang mampu mengangkat Malaysia menjadi sebuah negara maju daripada segi pemikiran, kerohanian dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Semoga keserasian dan kebersamaan yang wujud di antara kita, khususnya di negeri Johor ini terus diperkasa dan dipertahankan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights