Jangan tukar parlimen sebagai mahkamah – Anwar

KEPUTUSAN mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dibahas pada sidang khas Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah.

“Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen. Dia kena faham pembahagian kuasa.

“Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita (kerajaan) cuba jawab..

“Sebab peguam negara bukan ahli parlimen dan bukan menteri.

“Jadi kita boleh harus ada ruang untuk mana-mana ahli parlimen bertanya.

“Tetapi jangan jadikan Parlimen itu sidang mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur hari ini.

Pelbagai pihak mendesak kerajaan mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Zahid.

Antaranya, termasuk Pemuda PKR (AMK) dan hari ini pula, ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menghantar usul tergempar kepada Dewan Rakyat untuk menghentikan sidang pada 11 September ini.

Tindakan itu bagi mengarahkan peguam negara menjelaskan isu kes Zahid tersebut.

Anwar juga diminta mengulas sama ada isu berkaitan keputusan DNAA mahkamah itu akan memotivasikan kerajaan untuk mengasingkan kuasa AG dan pendakwaan.

“Kami juga merujuknya kepada Select Committee (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) dan ia akan menelan belanja yang banyak (tetapi) berbaloi (sebab) jika ia perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

“Namun, tolong jangan katakan cadangan itu belum diputuskan, kerana kerajaan kini membuat keputusan.

“Cuma, perkara itu tidak boleh dilaksanakan secepat mungkin, dalam beberapa minggu… perlu mempunyai majoriti dua pertiga untuk pembaharuan ini,” katanya lagi.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights