PRK Pulai: Calon PH sedang mendahului

CALON Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat sedang mendahului dengan selesa apabila memperoleh 1,292 undi setakat ini dalam kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 7.30 petang tadi yang menyaksikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sedang meninggalkan dua lagi pencabarnya.

Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar setakat ini memperoleh 877 undi  dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi 14 undi.

Parlimen Pulai menyaksikan seramai 166, 653 pengundi yang layak melakukan pemilihan yang terdiri daripada 44.17 peratus kaum Melayu, Cina (40.47%), India (12.30%) dan lain-lain (30.5%).

PRK Parlimen Pulai diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights