Kekecewaan berpanjangan buat Muhyiddin PN tewas di Johor

SEKALI lagi warga Johor membuktikan mereka kurang mesra dengan politik pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Katanya, ia pasti sesuatu yang mengecewakan bagi pemimpin Bersatu itu apabila tewas di negerinya sendiri.

Selepas ‘Tsunami Cina’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Bersatu pimpinan Muhyiddin gagal menyerlah di Johor.

“Begitu juga pada PRN Johor setelah mengugut untuk ‘menekan butang’ sehingga kerajaan negeri Johor ketika itu boleh jatuh, Muhyidin tidak mampu mempertahankan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

“Kenalah selidik betul-betul sama ada Gelombang Cina itu masih kuat di Johor pada kedua-dua PRK terbaru.

“Tapi bagi Muhyidin dan PN, ianya suatu kekecewaan yang berpanjangan. Di negerinya sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Malam tadi Pakatan Harapan (PH) yang bergabung dengan BN menang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Kemenangan itu menyaksikan gabungan PH-BN berjaya menyekat kemaraan “gelombang hijau” yang dicetuskan PN.

Ia juga sekali gus menafikan hasrat Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menguburkan UMNO di Johor.

Agaknya, dia kenalah ‘move on’?
Tapi tak ada siapa dalam PPBM (Bersatu) dan PN akan menjawab soalan ini.

“Kalau Kedah ada Sanusi, Terenganu ada (Datuk Seri) Dr Samsuri (Moktar), bagi PN, Johor ada siapa? Dan apa dah jadi dengan Gelombang Pengundi Muda?,” kata Shahrir lagi.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights