RM22 bilion untuk tebatan banjir 

DATUK Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan memberi komitmen membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)

Perdana Menteri berkata, keperluan peruntukan yang begitu besar itu bagi mengatasi masalah rakyat dengan memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.

“Kerajaan juga akan terus meneroka kawasan yang bersesuaian bagi pengabstrakkan sumber air bawah tanah dengan membina lebih banyak telaga tiub dan pembinaan empangan bawah tanah.

“Selain itu, usaha akan digembleng untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai.

“Penerokaan sumber baharu air dan pembinaan infrastruktur air itu akan dapat memastikan keterjaminan bekalan air yang bersih dan selamat kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Sektor Air 2040,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights