RM800 juta untuk atasi masalah bekalan air

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta bagi menyelesaikan gangguan bekalan air dihadapi rakyat.

Perdana Menteri berkata, bantuan segera itu sebahagian daripada kos keseluruhan mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah.

“Kerajaan tidak sesekali akan berlengah untuk menyelesaikan gangguan bekalan air dihadapi rakyat.

“Kerajaan juga akan memulakan langkah mereformasi model industri air di seluruh negara supaya lebih mampan dan holistik,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 di Dewan Rakyat hari ini.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights