DNAA Zahid: Di mana suara DAP?

PEMBANGKANG mempersoal sikap DAP yang berdiam diri berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru) amat menghairankan DAP suatu ketika begitu lantang mengenai isu keadilan tetapi sunyi sepi berhubung DNAA ini.

“Tapi ada juga orang bertanya, dalam keadaan begini, di manakah suara-suara yang selalunya membela keadilan seperti bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, di mana YB Bagan (Lim Guan Eng), di mana YB Damansara (Gobind Singh Deo)?

“Di mana mereka lain yang sebelum ini yang membincangkan mengenai keadilan rakyat.

“Sekarang ini isu DNAA senyap sepi, tidak ada suara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Takiyuddin memaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan berita antarabangsa yang mempersoalkan keputusan menarik balik semua 47 pertuduhan terhadap Zahid dalam kes rasuahnya pada Isnin, 4 September lalu.

Sebelum ini DAP memaklumkan parti itu menghormati keputusan mahkamah membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, namun tetap menuntut penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti itu mengambil maklum pandangan kritikal pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights