SETELAH tewas kepada Thailand, tuah memihak kepada skuad muda negara apabila muncul pasukan terakhir layak ke Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.
Malaysia meraih slot itu apabila muncul empat naib juara terbaik selepas berakhir semua aksi peringkat kumpulan kelayakan.
Ia bakal menjadi penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.
Dalam aksi terakhir Kumpulan H malam tadi, skuad kendalian E Elavarasan tewas 0-1 kepada Thailand.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan, sekali gus Thailand menjadi juara kumpulan dan layak secara automatik ke pusingan akhir. – Malaysiapost