Mahathir ‘ketua’ kumpulan empat negeri PN

KEDAH, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk satu kumpulan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘penasihatnya tidak rasminya.’

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata menteri besar empat negeri itu akan mengadakan perbincangan untuk pembentukan kumpulan itu.

Katanya, empat menteri besar berkenaan secara prinsipnya bersetuju mewujudkan kerjasama dan beliau sendiri sudah mengarahkan Exco berkaitan untuk berbincang dengan rakan mereka di tiga negeri lain di bawah PN.

Dr Mahathir, katanya, akan memainkan peranan secara tidak rasmi dalam menasihatkan kumpulan empat negeri berkenaan.

“Secara spesifiknya, beliau (Dr Mahathir) memberikan nasihat mengenai tatakelola berkesan untuk memastikan kumpulan itu diuruskan dengan efektif.

“Peranan Dr Mahathir juga untuk menghubungkan empat negeri berkenaan dengan pelabur seperti negara Jepun dan Korea Selatan yang beliau ada hubungan yang baik,” katanya yang juga Naib Presiden PAS dipetik dari FMT. 

Ahmad Samsuri sebelum ini mengumumkan semua empat negeri bawah PN bersetuju menubuhkan satu ‘kumpulan empat negeri’ berkenaan.

Usaha itu adalah untuk fokus kepada pembangunan ekonomi masing-masing dan memelihara kebajikan rakyat.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights