Mat Sabu ‘berang’ Rosol dakwa harga beras tempatan naik

PARLIMEN | Tiada kenaikan harga beras putih tempatan, kata Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Katanya kenaikan harga beras dalam pasaran ketika ini adalah melibatkan beras import, bukannya beras tempatan.

“(Harga) beras tempatan ni kekal… tak masuk masa kami bercakap (pasal beras). Masuk mencelah tak kena.

“RM26 ringgit, harga beras tempatan tak naik, yang (naik) itu harga (beras) import. Beli yang import tu kenapa?

“Ini balik cerita pada orang kampung (harga beras naik),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Datuk Rosol Wahid (PN- Hulu Terengganu yang baru berada di dalam dewan ketika Mohamad berucap membangkitkan isu kenaikan harga beras tempatan yang dibangkitkan oleh pengguna di luar sana.

Mohamad bagaimanapun menafikan kenaikan harga barangan asas itu dan mengkritik Rosol kerana gagal mendengar penjelasannya dari awal.

“Jangan lah marah,” kata Rosol membalas jawapan diberikan Mohamad.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights